100 Kertas Siasatan Dibuka, 104 Operasi Lombong Haram Dijalankan Di Kelantan

Sebanyak 100 kertas siasatan dibuka berhubung kegiatan perlombongan haram di Kelantan hasil 104 operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan sepanjang 2024 hingga September 2026.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kes telah diselesaikan manakala baki 51 kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.

Menurutnya, operasi yang melibatkan kerjasama agensi kerajaan negeri dan pasukan keselamatan itu turut menyaksikan penyitaan jentera serta tapak perlombongan, selain pemusnahan peralatan yang digunakan dalam kegiatan mendulang secara haram.

Pihak berkuasa turut mengambil tindakan terhadap individu yang menceroboh kawasan perlombongan, termasuk penahanan dan pendakwaan. Kadar denda serta kompaun bagi kesalahan berulang juga ditingkatkan sebagai langkah penguatkuasaan.

Dalam usaha mencegah kegiatan berkenaan, kerajaan negeri turut memasang papan tanda amaran dan menggunakan teknologi dron untuk memantau kawasan berisiko tinggi.

Perkara itu dimaklumkan Mohamed Fadzli ketika menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Khamis.

Sumber asal:



0 Comments

|

30 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content