Spekulasi Cinta Bella Astillah & Syed Saddiq Goyah? Netizen Dakwa Wujud 'Orang Ketiga'

Spekulasi mengenai hubungan antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dikatakan goyah disebabkan kehadiran orang ketiga, menjadi perbualan hangat di media sosial selepas adik kepada Bella, Didi Astillah, memuat naik hantaran di Threads baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, Didi meluahkan rasa kesal apabila kebanyakan komen positif mengenai kakaknya dan Syed Saddiq didakwa dipadamkan daripada salah sebuah video promosi jenama fesyen Primavalet.

Susulan perkongsian tersebut, netizen mula membuat pelbagai andaian dan mendakwa tindakan itu berpunca daripada seorang staf butik berkenaan dikenali sebagai Ami, yang sebelum ini pernah menguruskan urusan kerja melibatkan Bella dan Syed Saddiq.

Nama Ami terus menjadi tumpuan apabila ada yang mendakwa wanita itu seakan cuba mendekati Syed Saddiq, selain dikaitkan sebagai 'orang ketiga' dalam hubungan mereka.

Lebih menghangatkan keadaan, netizen turut menemui gambar Ami bersama ibu kepada Syed Saddiq, Shariffah Mahani, di akaun Instagram milik wanita berkenaan namun tiada gambar bersama Bella, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankan Ami dan menasihati orang ramai agar tidak menyerang akaun Instagram ibu Syed Saddiq memandangkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan mereka dengan dakwaan berkenaan.

Setakat ini, Bella, Syed Saddiq dan pihak Primavalet masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu yang menjadi bualan hangat netizen itu.



0 Comments

|

419 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Fadzil Zahari

2 months ago

bukan saya...

Superadmin evada

2 months ago

Ship

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content