Jangan Percaya Kalau Orang Pakai Tudung – Boss Ned

Usahawan dan personaliti media sosial, Nedim atau Boss Ned, menyindir individu yang

didakwa mempamerkan imej baik di media sosial, berbeza dari kehidupan sebenar,


Dalam siri hantaran yang dibuat di Threads, Boss Ned juga menyatakan dia sanggup

melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya.


"Jangan terlalu up sangat orang yang korang adore.  Jangan percaya kalau orang pakai tudung.

Bukan semua ye! Memang penipu.


"Saya ini senang, jangan main dengan anak saya. Kalau mainkan anak saya.

Saya akan bantai sampai kurus,"tulisnya.


Dalam hantarannya, beliau menyatakan bahawa meskipun dirinya jauh daripada gelaran alim,

usaha menunaikan solat sedikit demi sedikit dilakukan sebagai contoh kepada anak-anak.


"Saya seorang yang jauh dari alim, semoga contoh saya solat sedikit ni boleh menunjukkan

kepada anak saya yang saya cuba.


"Tapi jangan jadi yang konon solat tiap hari sekali bawak lelaki balik," tambahnya lagi.


Hantaran tersebut meraih ribuan tanda suka serta ratusan komen dengan tanggapan kenyataan itu

ditujukan kepada bekas isterinya, Nora Danish. 


Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.


Untuk rekod, Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.






0 Comments

|

442 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content