44 Tahun Tak Tumbang, Black Fire Bersedia Gegarkan Industri Sekali Lagi

Empat dekad bukan tempoh yang singkat. Namun bagi kumpulan metal underground dari Perlis, Black Fire, usia 44 tahun dalam industri bukan alasan untuk memperlahankan langkah.

Ditubuhkan sekitar 1982, Black Fire kini sedang mempersiapkan album baharu yang dijangka diterbitkan tahun depan. Menariknya, mereka mahu bergerak mengikut perubahan zaman tanpa menghilangkan identiti lama yang sudah sebati dengan muzik Black Fire.

Album dengan lapan lagu itu turut bakal menghidupkan kembali dua karya lama menerusi nafas baharu. Ia dirancang hadir bukan sahaja secara digital, malah dalam format digipack, piring hitam dan sejumlah kecil kaset.

Perjalanan Black Fire juga bukan sekadar di Malaysia. Tahun lalu, mereka membawa muzik mereka ke United Kingdom menerusi jelajah di lima bandar.

Selepas 44 tahun bertahan, mampukah album baharu ini membawa Black Fire kepada generasi pendengar yang seterusnya?

Untuk berita penuh di:



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content