Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Sanding Untuk Marissa Dania

PELAKON Abby Abadi memasang impian untuk melihat anaknya, Marissa Dania dapat diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang penuh indah suatu hari nanti.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata walaupun ia sekadar angan-angan, namun dia percaya anaknya berhak mendapat sesuatu yang sering menjadi impian anak gadis.

"Saya tengah berangan ini, doakan untuk anak cantik saya, Marissa Dania ini, agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia.

"Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya," luahnya dalam satu hantaran video di TikTok.

Menerusi video tersebut, turut dipaparkan foto dia bersama Marissa ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Erra Fazira dan Ezwan Zain pada Sabtu lalu.

Sebagai ibu, Abby juga tidak lupa menitipkan doa dan berharap anaknya itu dapat menjalani hidup dengan penuh ketenangan.

"Semoga ada rezeki untuk anak ini, Ya Allah. Majlis serba indah, yang penuh ketenangan, serikan wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkan jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman," luahnya.

Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023 lalu.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mengadakan sebarang majlis untuk mengumumkan hubungan mereka.

Aslam juga merupakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.


Sumber: mStar



0 Comments

|

177 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content