Adi Putra Kongsi Kisah Cubaan Disogok Jutaan Ringgit

Pelakon Datuk Adi Putra mendedahkan dia pernah berdepan cubaan untuk disogok bernilai jutaan ringgit sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 46, tawaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan bidang lakonan, sebaliknya urusan lain yang enggan diperincikan.

Katanya, pihak tertentu menggunakan pendekatan 'melobi' atau memujuk bagi mendapatkan sesuatu yang memberi kepentingan kepada mereka.

"RM10 juta, RM20 juta pun ada. Sama juga macam filem Konspirasi ini, wang dihantar dari luar negara dengan jumlah besar.

"Tak logik zaman sekarang nak beri RM100 sahaja. Saya percaya perkara itu sudah jadi lumrah," katanya kepada mStar.

Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Konspirasi yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Adi mengakui cubaan merasuah dirinya bukan berlaku sekali dua, malah menyifatkan perkara berkenaan semakin biasa terjadi ketika ini.

Bagaimanapun, dia akan menilai terlebih dahulu sesuatu pemberian sebelum membuat keputusan untuk menerima atau sebaliknya.

"Ramai yang cuba merasuahkan saya, tapi saya tengok juga perspektif mereka.

"Adakah rasuah itu untuk menghalalkan cara atau sekadar hadiah? Kalau hadiah itu berbeza, tetapi kalau rasuah untuk menghalalkan cara, saya memang tidak akan terima," ujarnya.

Meskipun sedar isu berkenaan sesuatu yang sensitif namun Adi berkata dia berani untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.

Walaupun berdepan pelbagai tawaran lumayan, Adi berkata dia tetap berpegang teguh pada prinsip hidup yang dipegang selama ini.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content