“Afiq’s Off Market” - Adik Sahkan Afiq Muiz Sudah Berpunya

Pelakon Afiq Muiz membuat kejutan apabila mendedahkan dirinya kini sudah bergelar tunangan orang menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya pada Ahad.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah turut mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama wanita pilihan hati dalam persalinan sedondon berwarna hijau sambil tersenyum bahagia.

Lebih menguatkan spekulasi, pelakon berusia 34 tahun itu meninggalkan kapsyen ringkas berbunyi “Alhamdulillah. Ok lock.” pada hantaran berkenaan.

Dalam masa sama, adik kepada Afiq iaitu pelakon Aishah Azman turut memuat naik semula foto tersebut di Instagram Story dengan kapsyen “Afiq’s off market”.

Aishah turut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat abangnya melangkah ke fasa baharu kehidupan selain mendoakan segala urusan pasangan itu dipermudahkan sehingga hari pernikahan.

"Melihat awak melangkah ke fasa baharu ini memang rasa macam tak percaya. Saya sangat gembira dapat menyaksikan momen indah ini untuk awak.

"Semoga kalian berdua dikurniakan kehidupan yang dipenuhi kasih sayang, ketenangan, gelak tawa dan sebuah rumah yang sentiasa menjadi tempat paling selamat buat satu sama lain," tulisnya.

Ruangan komen hantaran Afiq turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang tumpang gembira dengan berita pertunangan tersebut.

Bagaimanapun, Afiq masih belum mendedahkan identiti wanita berkenaan atau berkongsi lanjut mengenai majlis pertunangan mereka.

Untuk rekod, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya pada 27 Mac 2019 sebelum bercerai pada 2023.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content