AI Bukan Isu Besar Dalam Muzik, Industri Perlu Adaptasi Teknologi

Penyanyi dan komposer, Aepul Roza menegaskan masyarakat perlu menerima perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin mempengaruhi industri kreatif global.


Menurut Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 39, penggunaan AI dalam penghasilan karya seperti lagu bukanlah sesuatu yang wajar diperbesarkan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perkembangan teknologi semasa.

"Kita kena faham teknologi sudah berubah. AI sudah jadi perubahan budaya dunia dan kita memang kena 'adapt' (sesuaikan).

"Individu itu hanya menggunakan kemudahan sedia ada dan tidak wajar dikecam secara berlebihan. Kita tak perlu marah sangat sebab dia cuma guna 'tool' yang ada dan kebetulan ‘output’ itu diterima masyarakat sebab lagu itu catchy dan trending," katanya.

Aepul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Trilogi, di sini.
Mengulas lanjut, vokalis Drama Band itu bagaimanapun berpandangan individu yang menghasilkan lagu sepenuhnya menggunakan AI tidak wajar digelar komposer atau pengkarya muzik sebenar.

"Kalau macam itu tidak wajar digelar komposer sebab mereka hanya cipta lagu guna AI. Ia berbeza dengan Zynakal yang menghasilkan melodi muzik sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, Aepul bakal tampil beraksi dalam Konsert Trilogi bersama Fiq Halim dan Aweera yang akan berlangsung di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia pada Julai ini.

Terdahulu, isu lagu ciptaan AI yang tular di media sosial mencetuskan perdebatan apabila penyanyi dan komposer, Zynakal meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir peminat muzik yang lebih menyokong karya berasaskan AI berbanding karya asli anak seni tempatan.

Sementara itu, personaliti media sosial, Azlan The Proton Type menjelaskan lagu ciptaan AI yang tular tersebut hanya digunakan untuk tujuan pemasaran dan menjadi fenomena kerana keberkesanan strategi promosi yang digunakan.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content