Aina Abdul Bawa ‘Surat Cinta’ Ke Pentas Eurovision Asia 2026

Penyanyi terkenal, Aina Abdul bakal mewakili Malaysia di pentas Eurovision Asia 2026 menerusi lagu Bluest Sky, sebuah karya yang disifatkannya sebagai surat cinta kepada seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Menurut Aina, 33, lagu ciptaannya bersama Mac Chew itu menggambarkan perasaan cinta, kehilangan dan harapan yang lahir daripada pengalaman serta imaginasinya sebagai penulis lagu.

Aina turut mengakui proses rakaman lagu berkenaan sangat mencabar apabila mengambil masa sehingga 10 jam untuk mendapatkan penghayatan emosi yang diinginkan. Dia juga perlu memastikan keseluruhan lagu tidak melebihi tiga minit mengikut syarat pertandingan.

Penyanyi itu dijadual membuat persembahan di Bangkok, Thailand pada 14 November depan, bersaing dengan wakil daripada 10 negara Asia yang lain.

Menariknya, Aina bakal menjadi peserta terakhir membuat persembahan pada malam pertandingan, sekali gus membawa harapan Malaysia untuk mencipta sejarah dalam edisi sulung Eurovision Asia.

Sumber asal:



0 Comments

|

46 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content