Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyampai radio dan pelawak Ajak Shiro mengakui sama sekali tidak menjangkakan bakal menerima Malaysia Book of Records (MBOR) untuk restoran Bumbu Babah miliknya yang berjaya mencatatkan Jualan Tertinggi Hidangan Nasi Padang Dalam Tempoh Satu Hari.
Ketika ditemui di restoran miliknya, Ajak, 40, bersyukur kerana pencapaian itu adalah bukti keyakinan pelanggan.
"Tak jangka semua ini akan berlaku. Idea asal pembukaan restoran ini pun demi memenuhi permintaan anak untuk buka kedai makan.
"Syukur atas kejayaan dalam tempoh singkat ini. Pencapaian ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.
"Apa yang bermula sebagai percubaan kecil kini menjadi suatu yang jauh lebih besar," katanya.
Dalam pada itu, Ajak juga sedar, dia tidak dapat lari daripada kritikan dan kecaman di media sosial mengenai perniagaan makanan miliknya.
Ajak menyifatkan setiap kritikan dan komen yang diterima sebagai salah satu bentuk promosi dalam perniagaan sekali gus tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga.
"Ada sahaja yang memberi komen tentang sijil halal, kualiti makan dan berkaitan kakitangan. Ini semua asam garam dalam perniagaan.
"Saya suka dengan pandangan orang tapi bukan hinaan. Sekurang-kurangnya ada orang terus bercakap tentang perniagaan saya," katanya kepada mStar.
Restoran milik Ajak itu mencatatlan jualan 23,674 hidangan nasi padang dalam operasi mereka pada 1 Januari lalu.
Ia dicatatkan menerusi jualan di 40 rangkaian restoran seluruh Malaysia.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|204 Views
No Comments yet
Be the first to comment.