“Allah Dah Bagi Kemahsyuran” - Adi Putra Tak Kejar Nama Besar Lagi

Pelakon Datuk Adi Putra mengakui dia tidak lagi mengejar populariti atau fenomena luar biasa seperti ketika membintangi filem Mat Kilau dan KL Gangster.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 45, Allah sudah memberikannya kemahsyuran yang cukup sepanjang bergelar anak seni dan perkara itu bukan lagi keutamaannya ketika ini.

"Allah sudah beri kemahsyuran waktu filem Mat Kilau, KL Gangster, apa lagi yang saya mahu?

"Jika mahu mencari semula kejayaan seperti mana Mat Kilau, itu bukan niat saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambahnya, dia kini lebih memilih karya yang mempunyai mesej dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat berbanding mengejar kejayaan komersial semata-mata.

"Saya juga seorang ahli perniagaan. Tapi saya ambil tawaran sesuatu naskhah seperti filem Konspirasi yang bercakap tentang rasuah kerana memikirkan suara yang dimahukan penonton.

"Perkara itu yang membuatkan saya rasa bertanggungjawab menggalas karakter dalam filem. Itu lebih penting berbanding mahu mengulangi kejayaan Mat Kilau," ujarnya.

Dalam masa sama, Adi turut meluahkan kebimbangan terhadap pengaruh internet dan media sosial terutama melibatkan jenayah siber yang semakin membimbangkan.

Katanya, sebagai seorang bapa dia banyak memikirkan cara terbaik untuk melindungi anak-anak daripada ancaman tersebut.

"Ada banyak jenayah berlaku hari ini seperti berita palsu, kecaman, fitnah dan rakaman tanpa izin.

"Jadi bagaimana kita nak lindungi dan kawal anak-anak daripada semua ini?" katanya.

Justeru, Adi percaya filem mempunyai kekuatan tersendiri sebagai medium visual untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat.

"Itulah yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertai barisan pelakon dalam filem Konspirasi," jelasnya.


Sumber: Utusan



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content