Alqal Dedah Pernah Diliwat Pengarah

Pelakon, Alqal Sahar membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah diliwat seorang pengarah ketika di zaman kanak-kanak.


Alqal mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia terbabit dunia lakonan bagi membantu menyara keluarganya yang hidup dalam kesusahan.


"Saya ada zaman kanak-kanak yang gelap semasa berlakon dahulu dan sampai sekarang mana-mana budak lelaki kecil yang nak berlakon pasti akan diliwat binatang (si pelaku) ini. Dia seorang pengarah. Tiba masa saya nak lepaskan dendam yang terpahat sejak kecil. 


"Dia sudah hancurkan zaman kanak-kanak saya dan saya percaya ramai lagi pelakon kanak-kanak yang terkena. Apa yang menyedihkan, binatang (si pelaku) ini adalah terkait darah daging saya," luahnya kepada mStar dalam satu mesej peribadi yang dihantar di Threads. 


Alqal turut mendedahkan kisah hitam yang dilalui dalam beberapa hantaran di Threads miliknya. 




Dalam perkongsian itu,  Alqal mendakwa dia menanggung penderitaan tersebut selama bertahun-tahun sebelum mengambil keputusan meninggalkan rumah berkenaan ketika berusia 17 tahun.


"Keluarga aku orang susah, adik beradik ramai dari kecil aku berlakon nak membantu keluarga. Dari Johor ke Kuala Lumpur seorang diri duduk rumah Mak Uda (ibu saudara). 


"Di situlah aku dipaksa melakukan perkara jijik. Aku bertahan untuk cari duit sampai umur 17 tahun. Aku keluar daripada rumah itu. Tak sanggup zaman kanak-kanak aku diliwat dipaksa binatang jantan (si pelaku) dan aku rasa di zaman sekarang pun ada budak-budak yang terjebak cuma takut nak bersuara," ujarnya. 


Menurut Alqal yang pernah membintangi drama Diari Ramadhan Rafique, selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan kekeluargaan, namun trauma dan dendam itu masih menghantui dirinya sehingga kini.


"Bila tiba masanya akan aku ceritakan zaman kecilku diliwat oleh darah daging sendiri berkali-kali. Ya Allah. Terlihat indah diriku di waktu kecil dengan berlakon sana sini, hakikatnya dendam aku masih terpahat di fikiran. 


"Aib lagi penting atau titik hitam yang tak pernah hilang aku pendam sampai besar? Aku diam untuk menjaga tali persaudaraan itu, hakikatnya sampai sekarang aku dendam kerana binatang itu masih tidak berubah, sumpah nama Allah ini benar," katanya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

293 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content