Ameera Khan Jalin Hubungan Dengan Kerabat Diraja, Jefri Nichol Pula Dengan Jule?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pempengaruh Ameera Khan dikaitkan dengan seorang kerabat diraja. 


Gosip terbabit menjadi panas apabila adik kepada selebriti terkenal,Neelofa itu berkongsi beberapa foto bersama seorang lelaki misteri di akaun Instagram miliknya ketika bercuti di Dubai, baru-baru ini. 


Dalam foto tersebut lelaki itu dilihat mengenakan jaket jenama Miu Miu dan memakai rantai di leher.


Perkongsian itu nyata menarik perhatian netizen sehingga sanggup membuat pencarian dan mendakwa aksesori yang dipakai lelaki itu mirip dengan seorang kerabat diraja. 


Malah ruangan komen sudah dibanjiri dengan nama jejaka tersebut meskipun kedua-dua pihak tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu. 




Sementara itu, terdapat juga netizen yang terkejut perkongsian foto tersebut selain mendakwa Ameera mudah melupakan kisah cintanya bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol. 


"Cepat betul punya kekasih baharu? Padahal masih berharap (anda) dengan Jefri. 


"Macam mana nak move on cepat begini.


"New year new man," tulis beberapa pengikut. 


Pada masa sama, pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol kini dikatakan terjerat cinta pempengaruh kontroversi, Jule apabila tular foto mereka berdua dirakam di Bali, Indonesia.


Foto serta video Jefri dan Jule kini kian viral dalam media sosial selepas disebarkan netizen yang mendakwa melihat mereka berhibur di sebuah kelab di pulau peranginan terkenal itu.


Apa yang mencuri perhatian ramai, Jule atau nama lengkapnya Julia Prastini kini dilihat tidak lagi memakai hijab dan berpenampilan seksi.




Ramai netizen terutamanya warga Indonesia kecewa melihat Jefri bersama Jule dan meluahkan rasa simpati terhadap Ameera yang pernah berpacaran dengan Jefri.


"Jefri benar-benar 'downgrade' daripada Ameera kepada Jule. Mereka berdua bagai langit dengan bumi," komen netizen.


Sebelum ini, Jule pernah mencipta kontroversi di Indonesia apabila memilih untuk meninggalkan suaminya yang berbangsa Korea beserta tiga orang anak mereka demi lelaki lain.


Kemudian, dia sekali lagi menjadi tular gara-gara dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan pempengaruh asal Malaysia, Aya Balqis dan atlet Must Thai, Yuka.


Jefri pula pernah menjadi perhatian netizen Indonesia dan Malaysia sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Ameera. Namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir beberapa bulan lalu.



Sumber: mStar, Kosmo! Online



0 Comments

|

144 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content