Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi Ameng Spring tidak membenarkan anaknya untuk menyanyikan semula lagu nyanyiannya ketika membuat persembahan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh anak penyanyi itu, Ammar Haikal yang dilatih untuk membina identiti sendiri dalam industri tanpa bergantung kepada nama bapanya.
"Buat masa sekarang belum lagi (nyanyi semula lagu Ameng). Ayah tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring. Dia kata tak nak saya nampak ada unsur Ameng.
"Dia nak saya bergerak sendiri dan tak berada di bawah bayangan Ameng Spring. Dia pesan kalau pergi buat persembahan atau buat 'cover', dia pesan jangan bawa lagu dia," katanya.
Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Dentam Dentum Raya!, baru-baru ini.
Mengakui teringin untuk menyanyikan lagu bapanya seperti dilakukan beberapa penyanyi muda lain, Ammar bagaimanapun menghormati permintaan Ameng.
Tambah Ammar, buat masa ini dia memang tidak ada perancangan untuk berduet atau menghasilkan lagu bersama bapanya.
"Sebenarnya saya nak bawa lagu ayah sebab kita tengok macam Zaki bawa lagu ayah dia, Merah pun sama. Tapi ayah cakap, tak payah, jangan buat. Jadi saya hormat keputusan ayah.
"Projek kerjasama dengan ayah memang tiada. Tapi projek luar itu adalah seperti pergi majlis sama-sama atau luang masa bersama. Cuma untuk hasilkan lagu bersama memang belum ada," ujarnya.
Dalam masa sama, Ammar tidak menafikan namanya mula dikenali kerana statusnya sebagai anak kepada Ameng.
"Memang tak dapat dinafikan orang kenal sebab ayah. Saya tak nak cakap orang kenal sebab diri saya sendiri. Saya jadi macam ini pun sebab ayah yang tolak dan beri sokongan.
"Jadi kalau orang kata 'Ammar famous sebab ayah dia' , saya terima dengan hati terbuka. Anak ayah kan?" ujarnya.
Berjaya tidak mengikuti cara nyanyian bapanya, Ammar berkata dia kini semakin menemui rentak sendiri dalam industri.
"Awal-awal dulu mungkin ya (ikut cara ayah) sebab saya bawa lagu balada. Tapi lepas ayah nasihat suruh cuba versi lain, bawa lagu laju dan sebagainya, saya rasa sekarang mampu bergerak dengan cara sendiri. Saya tak ikut bayangan Ameng Spring," ujarnya.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|103 Views
No Comments yet
Be the first to comment.