Amir Ahnaf Anggap Watak Hang Tuah Terlalu Besar Untuk Dirinya

Pelakon Amir Ahnaf adalah antara nama yang hangat diperkatakan bakal menggalas watak Hang Tuah dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

Menurut Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, dia berterima kasih atas kepercayaan dan perhatian yang diberikan terhadap namanya, namun merasakan dirinya belum cukup matang untuk membawa watak ikonik tersebut.

"Terima kasih atas kepercayaan.

"Karakter itu terlalu besar dan kapasiti saya masih belum matang dan mampu.

"Insya-Allah rezeki di lain hari ya. Tahniah buat yang ditakdir," katanya menerusi hantaran di Threads.

Sejak beberapa hari lalu, nama Amir menjadi sebutan ramai selepas dikatakan antara pelakon lelaki yang berpotensi membawakan watak Hang Tuah, yang sebelum ini pernah dilakonkan oleh Stephen Rahman dalam pementasan terdahulu.

Rata-rata peminat berpendapat Amir memiliki rupa dan aura lelaki Melayu yang sesuai untuk watak legenda itu, selain membayangkan keserasian sekiranya digandingkan dengan dua pelakon utama Puteri Gunung Ledang iaitu Mila Mohsin dan Aisha Retno.

Sebelum ini, Mimi Fly dan Nadia Aqilah diumumkan memegang watak Bayan iaitu pembantu setia puteri, manakala Luqman Hafidz diberi tanggungjawab sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim pula sebagai Gusti Adipati.

Pengumuman rasmi pelakon yang bakal membawa watak Hang Tuah dijangka dibuat menerusi akaun Instagram PGLM pada jam 12 tengah hari, hari ini.

Pementasan semula PGLM yang diterajui Penerbit Eksekutif dan Pengarah, Tiara Jacquelina, dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

Puteri Gunung Ledang The Musical merupakan adaptasi daripada filem epik 2004 yang kemudiannya diangkat ke pentas teater dan pernah mencetuskan fenomena tersendiri dalam sejarah seni persembahan negara.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

2 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content