Amir Raja Lawak Dirawat Di ICU Akibat Jangkitan Paru-Paru

Pelawak terkenal, Amir Raja Lawak, 37, dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Perkembangan itu dikongsikan pelakon Lando Zawawi menerusi Facebook selepas mendapat keizinan ibu Amir, Puan Nizan, untuk memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya.

Menurut Lando, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi turut mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

Sementara itu, pelawak Sabri Yunus turut berkongsi maklumat bahawa Amir dilaporkan sedang ditidurkan akibat masalah paru-paru.

Berita tersebut mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pelawak berkenaan segera sembuh dan kembali sihat.



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content