Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, berkata dia tidak terkejut apabila soal zuriat jadi perbualan kerana sudah menjadi lumrah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Amira atau Nadia Amira Othman,32, bagaimanapun tetap mengaminkan doa orang ramai apabila timbul desas-desus dia kini berbadan dua kerana beberapa siri perkongsiannya kurang sihat kebelakangan ini.
"Sama ada nak menafikan atau mengaku, sampai masanya yang sesuai barulah kami kongsikan perkara-perkara yang baik. Apa pun, saya anggap semua pertanyaan itu sebagai doa. Sudah tentu kami aminkan.
"Siapa yang tak mahu zuriat? Cuma semua ada masa dan waktunya. Bila keadaan sesuai, masa sesuai, kami akan kongsikan apa yang boleh dikongsi. Kami tidaklah menolak (zuriat).
"Jika Allah sudah aturkan waktu terbaik dan bilangan yang terbaik, itulah yang kami akur dan syukuri," katanya ditemui pada acara Amber Allstar Picklebash di Kings Court@TTDI, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Amira secara peribadi merasakan soalan kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah dijawab dan mungkin sensitif terutama untuk mana-mana pasangan berkahwin.
"Jujurnya, saya sendiri pun takut nak tanya orang lain soalan berkaitan kehamilan sebab bimbang menyentuh hal sensitif. cuma sudah menjadi adat lebih-lebih lagi bila bergelar selebriti," katanya.

Menurut Fattah, dia dan Amira memilih untuk mengambil pendekatan positif setiap kali berdepan pertanyaan atau andaian untuk soal zuriat itu. Apa sahaja kata-kata, harapan atau sangkaan dianggap mereka sebagai doa.
"Bila mereka bertanya atau berharap yang baik-baik, kami aminkan sahaja. Takkanlah nak marah atau ambil hati. Setakat yang boleh kami kongsi, bila tiba waktu yang sesuai, kami akan maklumkan.
"Mana-mana perkahwinan pun, semua menginginkan zuriat. Cepat atau lambat, itu soal rezeki. Bila sampai masanya dan rezeki itu hadir, sudah tentu ia satu perkara baik yang kami akan kongsikan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|181 Views
No Comments yet
Be the first to comment.