Anak Ani Maiyuni Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Pelajar Senior

Anak kepada penyanyi Ani Maiyuni iaitu Viviana mengakui bukan mudah untuk membuka semula kisah lama apabila berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah.

Menurut Viviana, dia mengambil masa bertahun-tahun untuk menceritakan perkara tersebut kerana insiden yang berlaku masih meninggalkan kesan mendalam dalam ingatannya.

"Percayalah, ambil masa bertahun-tahun untuk saya buka cerita ini sebab ia masih segar dalam ingatan.

"Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku," katanya menerusi Threads.

Viviana sebelum ini berkongsi pengalaman tersebut ketika menjadi tetamu dalam podcast Kita Kita Aje kendalian Datuk Aznil Nawawi bersama ibunya.

Tanpa mendedahkan identiti individu terlibat, peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) itu berkata kejadian tersebut melibatkan beberapa pemain bola jaring ketika dia menjalani latihan di sekolah.

Jelas Viviana, pendedahan itu dibuat bukan untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya sebagai usaha memberi kesedaran mengenai isu buli dalam kalangan pelajar.

"Saya tidak sebut nama dan hanya orang sekeliling sahaja yang tahu.

"Sekadar kesedaran untuk semua orang. Katakan tidak kepada buli," tegasnya.

Menerusi klip podcast berkenaan, Viviana menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa kekerasan fizikal oleh beberapa pelajar senior.

Antara kejadian yang masih diingatinya termasuk tangan dipegang, rambut ditarik dan mulut disumbat dengan kain tudung sehingga menyebabkan dia sukar bernafas ketika kejadian berlaku.

Sumber: mStar



0 Comments

|

1 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content