Anak Sarawak Pertama Menang Emmy, Harumkan Nama Malaysia Di Pentas Dunia

Pembikin filem kelahiran Sarawak, Cheyenne Tan melakar kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai pemenang Anugerah Emmy menerusi penglibatannya dalam pasukan produksi siri dokumentari lima episod mengenai Perang Vietnam yang disiarkan di platform Netflix.

Tan yang berasal dari Kuching dan kini menetap di Los Angeles disenaraikan sebagai penerbit bersama bagi dua episod siri berkenaan yang memenangi kategori Penyelidikan Cemerlang dalam Anugerah Emmy bagi berita dan dokumentari.

"Saya tidak dapat hadir di majlis kemenangan Emmy pertama saya, tetapi amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang luar biasa ini,” katanya seperti dipetik oleh Dayak Daily.

Sebelum ini, Tan turut berkhidmat sebagai penerbit bersama bagi dokumentari pendek St Louis Superman dan I Am Ready, Warden yang pernah menerima pencalonan dalam Anugerah Akademi (Oscar) serta Critics’ Choice Awards.

Malah, St Louis Superman berjaya merangkul kemenangan pada tahun 2020.

Sementara itu, sebuah lagi dokumentari pendek berjudul Through Our Eyes: Shelter yang disiarkan menerusi HBO Max turut menerima pencalonan Anugerah Emmy pada 2022.

Kejayaan tersebut sekali gus mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di pentas industri perfileman antarabangsa.

Sumber: Dayak Daily



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content