Pelakon Amyza Aznan berkongsi khabar duka mengenai anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Amyza berkongsi pemergian anak tersayangnya itu menerusi hantaran di Instagram Story dan meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
"Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi. Minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya," katanya.
Berita sedih itu turut dikongsi rakan artis Didie Alias yang memaklumkan Andre menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.15 malam, tadi.
Bagaimanapun, Amyza tidak memperincikan maklumat mengenai pengebumian jenazah.
Semalam, Amyza merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.
Untuk info, Amyza, pada tahun lalu, mengesahkan Andre menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama tahun ini, dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.
Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|246 Views
No Comments yet
Be the first to comment.