Ani Maiyuni Nafi Viviana Diganggu Mistik, Datuk Seri Vida Tampil Bantu Bacakan Doa

Penyanyi Ani Maiyuni mengakui anaknya, Viviana, mengalami masalah kesihatan sejak awal menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Bagaimanapun, Ani menolak spekulasi yang mengaitkan keadaan anaknya itu dengan unsur mistik seperti yang pernah diperkatakan berlaku dalam musim terdahulu program berkenaan.

Menurut Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, pihak produksi juga sudah memaklumkan lokasi pertandingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang gangguan.

"Pihak produksi pernah beritahu bangunan itu sudah bersih, cuma kena kuat semangat.

"Perkara mistik ini, nak kata tak percaya langsung pun susah juga, tapi kalau terlalu percaya takut jadi syirik pula.

"Saya tak mahu terlalu fikir ke arah negatif. Saya ada baca komen yang kata budak pun orang nak buat bukan-bukan, tetapi saya tak mahu fikir begitu sebab semua peserta di sini saling ambil berat," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Ani memaklumkan Viviana mula menunjukkan tanda kurang sihat sejak minggu pertama pertandingan apabila sering mengalami batuk, dipercayai akibat penyesuaian dengan jadual latihan yang padat.

"Minggu pertama lagi dia memang dah mula batuk-batuk. Mungkin juga masih cuba biasakan diri dengan jadual sekarang.

"Lama-lama keadaan jadi semakin teruk sampai kami bawa ke klinik dan ambil suntikan," ujarnya.

Ani turut menjelaskan video tular membabitkan Datuk Seri Vida yang membantu Viviana sebenarnya dirakam ketika usahawan itu berada di bilik mekap bersama mereka.

"Waktu Datuk Vida masuk bilik mekap, mula-mula saya ingat dia bergurau, jadi saya pun ketawa.

"Tetapi bila dia baca ayat Kursi, saya nampak Viviana menitiskan air mata. Apa pun saya berterima kasih kepada Datuk Vida. Mungkin dia nampak apa yang kita tak nampak. Wallahualam," katanya.

Walaupun diuji dengan masalah kesihatan, Ani bersyukur anaknya masih mampu memberikan persembahan terbaik pada minggu ketiga pertandingan.

"Alhamdulillah, saya tak sangka dia masih mampu buat persembahan dengan baik.

"Bagi saya sesi latihan mungkin lebih baik, tetapi syukur dia dapat kawal keadaan walaupun masih belum sihat sepenuhnya," katanya lagi.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida memuat naik video memaparkan dirinya membantu Viviana yang kelihatan kurang sihat sambil membacakan doa dan ayat suci al-Quran kerana mendakwa merasakan kehadiran 'energi negatif'.

Sumber: mStar



0 Comments

|

25 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content