"Artis Suara Chipmunk" - Nabila Razali Tak Marah Cuma Minta Tegur Lebih Beradab

Penyanyi Nabila Razali berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila menerima komen yang dianggap kurang sensitif daripada seorang individu ketika bertemu secara tidak sengaja.

Menurut Nabila, 33, situasi tersebut berlaku apabila seorang wanita datang menghampiri untuk bergambar selepas diperkenalkan oleh suaminya. 

Namun, keadaan menjadi janggal selepas wanita tersebut mengulangi kata-kata suaminya yang menyifatkan suara Nabila seperti 'chipmunk'. 

"Wanita itu tanya, 'Nabila Razali kan?' Saya jawab ya dan senyum. Lepas itu dia kata suami dia yang nampak saya dulu dan beritahu ada artis. 

"Dia tanya artis yang mana, suami dia jawab, 'Ala artis yang suara chipmunk itu'. Lepas itu dia cerita balik pada saya sambil ketawa kecil. Saya hanya mampu tengok muka dia sebab terkejut," kongsinya di Threads. 

Walaupun mengakui tidak berkecil hati, Nabila tetap terkejut dengan sikap segelintir individu yang tidak menjaga tutur kata, terutama ketika berdepan dengan orang yang baru dikenali.

Selepas perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, Nabila memaklumkan individu berkenaan telah tampil memohon maaf secara peribadi menerusi Instagram.

Wanita itu juga mengakui dirinya peminat Nabila sejak zaman Akademi Fantasia dan menyifatkan keunikan suara penyanyi itu sebagai daya tarikan utama.

"Ini normal? Dah berkurang ke orang yang bercakap berlapik? Saya tak marah, cuma terkejut," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Misha Omar dan Shila Amzah turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila menerima komen kurang menyenangkan secara terbuka. 

Misha mendedahkan pernah ditegur mengenai penampilannya yang dikatakan semakin berusia dan tidak lagi popular.

"Seseorang pernah cakap, 'Misha Omar ke? Maaf tak perasan… nampak tua sekarang, dah tak femes macam dulu… nak gambar boleh? Nak tunjuk kat mak',” kongsinya.

Shila pula berkata, dia sudah lali menerima komen mengenai fizikalnya, termasuk dilabel gemuk selain ada yang tidak mengenalinya sebagai penyanyi.

"Ini biasa. Ada yang cakap 'selalunya gemuk, sekarang nampak kecil pula', atau 'akak ini artis ke? Siapa nama?' kemudian terus minta ambil gambar," katanya.

Sumber: mStar



0 Comments

|

131 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content