Atikah Suhaime Pelik Kenapa Ada Netizen Pertikai Tindakan Sambut Hari Jadi Mulan Dengan Anak-Anak Yatim

Pelakon, Datin Atikah Suhaime tampil memberi respons terhadap pertikaian segelintir netizen susulan tindakannya meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Lyla Mulan Teh bersama anak-anak yatim.


Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata tanggapan kononnya anak-anak yatim berasa sedih melihat orang lain mempunyai ibu bapa adalah tidak benar kerana mereka sebenarnya gembira mendapat jemputan ke majlis seperti itu.


Kata Atikah, berdasarkan pengalamannya anak-anak yatim tidak mempunyai pemikiran negatif seperti cemburu terhadap orang lain, sebaliknya mereka bersikap positif dan terbuka menerima jemputan daripada pihak luar.


"Sejujurnya anak-anak yatim ini mereka tidak ada pemikiran negatif seperti cemburu tengok orang ada mak ayah. 


"Malah mereka sangat gembira kalau dapat jemputan makan di luar untuk meraikan sambutan hari lahir. 


"Anda (netizen) akan terkejut melihat bagaimana sikap positif mereka kerana mereka seorang yang suci. Kalau anda biasa buat CSR, anda akan tahu," katanya.


Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya. 


Dalam pada itu, Atikah memberitahu dia sendiri tidak pasti mengapa ada pihak mempertikaikan perkara tersebut kerana tujuannya hanyalah untuk berkongsi kegembiraan.


"Tak pasti kenapa orang pertikaikan meraikan sambutan hari lahir dengan anak yatim. Saya ingatkan mereka akan gembira semua pulang bawa dengan 'hadiah birthday' dan bukannya hanya goodie bag. 


"Semua anak-anak balik dengan hadiah termasuk anak-anak kawan saya. Mulan suka berkawan, abang-abang dan kakak-kakak ni semua sangat friendly suka layan Mulan," ujarnya. 


Atikah bagaimanapun berharap lebih ramai individu yang berkemampuan dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak yatim.


"Saya berharap kalau anda ada rezeki lebih jemputlah anak-anak yatim ini untuk raikan sama-sama. Jangan dengar orang cakap oh kasihan nanti mereka sedih. 


"Mana anda tahu? Anda tidak berada di tempat mereka. Percayalah mereka sentiasa menanti jemputan, bermain dan berbual bersama.


"Saya doakan anda semua murah rezeki supaya dapat kongsi rezeki bersama-sama," katanya. 


Sebelum ini, seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakan menjemput anak-anak yatim ke majlis berbentuk kekeluargaan kerana menganggap ia berpotensi menyentuh emosi mereka.


Menurut individu berkenaan, situasi tersebut mungkin membuatkan golongan itu berasa sedih kerana tidak dapat menikmati detik serupa bersama ibu bapa sendiri, sekali gus dilihat sebagai kurang peka terhadap perasaan anak-anak yatim.


Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024. 


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Mulan yang kini berusia setahun.


Sumber: mStar



0 Comments

|

85 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content