Azar Azmi Enggan Beri Kenyataan, Mohon Ruang Untuk Dirinya

Pelakon, Azar Azmi ketika ditemui media di luar mahkamah memohon supaya diberikan ruang kepada dirinya.


Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 35, meminta maaf dan akan memberikan kenyataan sekiranya ada yang ingin dikongsikan.


"Saya minta maaf ya, kalau boleh beri ruang dekat saya. Insya-Allah ada apa-apa nanti saya beritahu," katanya ringkas.


Azar Azmi hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini, dengan berjubah hitam dan memakai pelitup muka.


Dia tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani dua remaja.


Pelakon drama Nur itu hadir bagi memberi sokongan kepada suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran 'Datuk' dan tanah kurniaan melibatkan kerugian keseluruhan RM293,931 pada tahun lalu.


Bagaimanapun, Mohd. Apri Hazreen mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

95 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content