Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil membantu aktres Azar Azmi menjana pendapatan dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok pada malam Isnin.
Menerusi sesi berkenaan, Azar berjaya mengumpul RM35,000 hasil pembelian produk usahawan berkenaan.
Meluahkan rasa terharu, Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, juga tidak menyangka masih ramai yang memberi sokongan dan sudi membantu ketika dia berdepan kesulitan.
"Saya tak jangka semua ini. Dalam fikiran saya, orang sudah nampak rekod-rekod tidak baik.
"Saya takut nak buat siaran langsung dan berjumpa orang. Lebih kepada perasaan bahawa orang tidak sukakan saya," katanya.
Sesi yang berlangsung sekitar dua jam itu diatur sendiri oleh Aliff sebagai usaha meringankan beban Azar selepas tular kisah kehidupannya.
Pelakon tersebut dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menerima wang berkenaan secara tunai.
Menurut Azar, wang berkenaan akan digunakan bagi membeli keperluan anak-anak.
"Saya segan dan tak tahu nak cakap apa. Saya juga tidak tahu sudah berapa lama tiada duit. Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak," ujarnya.
Sebelum ini, nama Azar kembali menjadi bualan selepas dia dan suami dikaitkan dengan isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran.
Pelakon ini menjalani tempoh reman selama tiga hari bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.
0 Comments
|113 Views
No Comments yet
Be the first to comment.