Azar Azmi Serah Pada 'Team' Uruskan Tuntutan Hutang Abiejam

Pelakon Azar Azmi, 37, menyerahkan kepada pasukannya untuk mengurus isu dakwaan hutang RM15,000 yang sudah enam tahun masih belum dibayar sebagaimana dituntut oleh individu dikenali Abiejam.

Ujar pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi ini, dia memang mengenali individu terbabit dan memaklumkan biar pasukannya yang mengurus perkara itu kerana mengambil kira ia membawa kepada impak positif dan negatif.

"Saya taknak cerita apa-apa fasal benda itu (dakwaan hutang RM15,000 tak bayar enam tahun). Sebenarnya, biar pihak 'team' saya yang uruskannya sebab berasa ia boleh membawa kepada positif juga negatif.

"Jadi, biar 'team' saya jumpa dulu orang yang sepatutnya dulu. Ya, saya kenal (individu berkenaan)," katanya yang ditemui media ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad (MPB) di Balai Berita Bangsar di sini, semalam.

Pelakon drama Nur 2 dan Maaf Tak Indah itu memberitahu, sebagaimana kenyataannya sebelum ini memang dia hendak melangsaikan apa-apa hutang walaupun ia mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan.

"Saya tetap akan 'settle' (selesaikan) hutang, waima apa sekali pun. Mengambil masa tujuh hingga lapan tahun ke, saya akan tetap 'settle' hutang. Sampai kalau boleh saya doa sebelum saya tutup mata.

"Andai kata pendek umur, saya tetap langsaikan. Saya taknak tinggalkan apa-apa hutang-piutang walaupun satu sen kepada mana-mana pihak. Jadi, tak baguslah.

"Walaupun benda itu (hutang berkenaan) bukan saya yang buat. Tapi benda itu (hutang tidak dibayar), saya ada di dalam cerita ini. Saya taknak ada rasa-rasa hati yang tidak 'best'. Kehidupan di belakang yang menyumpah-nyumpah.

"Benda itu semua yang menyempitkan rezeki kita. Tak apa, saya selesaikan," katanya memaklumkan dakwaan enam tahun tidak dapat dihubungi itu sememangnya dia 'menyepi' diri termasuk di platform media sosial.

Kata Azar, nombor-nombor yang sedia ada (telefon) tidak diguna pakai termasuk semua platform media sosialnya seperti Instagram (IG) serta TikTok tidak dibuka dan sebab itu dia gagal dihubungi.

"Tapi, nak kata tiada siapa yang tak ada nombor (telefon) saya itu menipulah kan?. Ahli keluarga ada (nombor telefon itu), tetapi tidak ramai. Kiranya sebelah tangan (lima jari) tak habislah.

"Hanya segelintir sahaja (yang ada nombor telefon Azar) sebab untuk kecemasan," katanya enggan mengulas lanjut mengapa membuat tindakan sedemikian.

Baru-baru ini, Abiejam atau nama sebenar Mohd Khairul Nizam Wahiddin membuat pendedahan terhadap Azar yang didakwa berhutang RM15,000 kepadanya dan masih belum melunaskan sejak enam tahun lalu.

Abiejam yang juga abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall memberitahu wang itu disalurkan sebagai bantuan kepada Azar bagi memulakan perniagaan, termasuk penyediaan barangan serta sokongan untuk siaran langsung di platform media sosial.

Jelas Abiejam, perkara hutang itu juga sudah lama dipendamnya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima daripada Azar yang mempunyai dua anak lelaki berusia empat dan tiga tahun.

Bagaimanapun Abiejam yang menepis dakwaan pendedahan itu dibuatnya kerana bertujuan mahu menumpang populariti Azar memberitahu, dia tampil memberi penjelasan kerana berasakan ini masa sesuai selepas melihat nama pelakon itu kembali menjadi perhatian.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content