Babak Panas Dalam Drama 'Sujud Terakhir Encik Norman' Undang Kecaman

Drama bersiri 'Sujud Terakhir Encik Norman' menerima kritikan ramai karya tersebut menyelitkan babak panas membabitkan pelakon Aidil Aziz dan Trisha Ooi.


Aksi tersebut nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang menyifatkan ia tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan.


Berdasarkan video yang dihantar seorang peminat kepada mStar, Aidil yang memegang watak Norman dilihat mempamerkan ekspresi ghairah seakan-akan sedang menerima khidmat seks daripada Trisha yang membawakan watak Alisa.


Lebih teruk lagi apabila kedua-dua mereka seolah-olah sedang bercium di dalam sebuah kereta, namun adegan berkenaan dikaburkan.


"Okey ke untuk ditayangkan aksi berahi begini? Dah macam filem barat! 


"Semalam ada adegan asmara di dalam kereta iaitu babak bercium dan Aidil meletakkan badan di atas Trisha.


"Dalam cerita ini kerap ada aksi-aksi panas tapi ini paling menjengkelkan sebab ketika ini drama ini ditonton pada 9 Ramadan dengan keluarga bersama anak-anak kecil. 


"Mana had batas produksi dan pelakon yang juga sudah beristeri dan mempunyai anak dan keluarga," kata peminat tersebut. 


Malah peminat itu juga mengakui malu untuk menonton drama itu memandangkan mempunyai anak kecil. 


"Apakah ini cara untuk naikkan drama kita sekarang ini? Jangan terlalu mencuba untuk mendapatkan 'rating' sampai sanggup buat aksi lakonan tidak sensitif di bulan mulia ini. 


"Saya malu sebab tonton dengan anak-anak. Mohon lebih peka selepas ini," ujarnya. 


Untuk info, drama Sujud Terakhir Encik Norman dilakonkan oleh Sharifah Sakinah, Aidil Aziz, Trisha Ooi, Rykarl Iskandar dan ramai lagi.


Sumber: mStar



0 Comments

|

180 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content