Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi, Baby Shima tampil menegaskan lagu Masuk Lagi tidak membawa 'double meaning' yang berunsurkan lucah seperti dakwaan ramai.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengulas perkara itu selepas sekian lama mendiamkan diri.
"Pasal lagu "Masuk Lagi", sebenarnya liriknya menceritakan perjalanan seseorang ke rumah seseorang untuk melamar.
"Masuk jalan elok-elok sayang, sudah lama dinda seorang, rombonganmu ingin masuk meminang. Tak ada apa pun sebenarnya, cuma orang salah faham," katanya.
Mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan perkara itu, kata Shima, dia bukan sengaja melarikan diri dari mengulas isu berkenaan.
Dia memilih untuk mendiamkan diri seketika bagi meredakan keadaan kerana bimbang bakal mengeruhkan lagi perkara tersebut.
"Saya bukan melarikan diri daripada isu ini, sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri ketika perkara itu hangat diperkatakan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.
"Kalau bersuara ketika isu tengah 'panas', orang akan bertambah tak suka. Jadi saya memilih untuk beri keadaan reda dulu.
"Lagipun ketika itu dah hampir memasuki bulan Ramadan, jadi saya tak nak keruhkan lagi keadaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Ramadan di Hotel Tenera Bangi, di sini, semalam.
Menurutnya, dia juga menafikan lirik lagu ini 'double meaning' atau mengandungi maksud tersirat seperti yang disangka ramai.
"Orang hanya akan faham apabila dengar lagu sambil menonton muzik video lagu ini. Memang tak ada unsur 'double meaning' sebab maksud lagu itu jelas dalam muzik video.
"Jadi mereka yang nak fahamkan lagu itu memang kena tonton muzik video terlebih dulu untuk lebih faham," katanya.
Shima yang menganggap perkara ini lumrah dalam kariernya, bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati dalam pemilihan lirik selepas ini supaya tidak lagi menjadi bahan perdebatan.
"Pemilihan lagu macam biasa, mana yang okey saya akan teruskan rakaman. Tahun ini kita akan hasilkan banyak lagi lagu.
"Tapi kita bagi lagu yang 'direct' supaya senang untuk orang faham, sebab ada sesetengah orang tak faham lirik lagu sebab lambat 'pick up'.
"Jadi 2026 ini kita bagi lirik lagu yang jelas, yang orang boleh faham terus," katanya.
Shima kali ini menjalani ibadah puasa di tanah air sendiri berbanding tahun sebelumnya di Indonesia kerana terbabit dengan rakaman lagu.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|149 Views
No Comments yet
Be the first to comment.