Anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet menuai kecaman apabila dikatakan melontar lawak berunsur lucah terhadap aktres, Nur Fazura.
Menerusi potongan klip siaran langsung yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Lan atau Mazlan Ahmad, 57, menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat dianjurkan sebuah jenama pakaian terkenal.
Dalam sesi itu, seorang peminat bertanya mengenai perancangan perkahwinan Fazura, namun aktres itu menjelaskan buat masa ini dia tiada masa untuk memikirkan soal jodoh.
Bagaimanapun, soalan tersebut turut menarik perhatian Lan yang kemudian memberi jawapan berunsur "double meaning" .
"Hampa tunggu sat, bagi dia 'kering' dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit," katanya.
Klip itu telah menimbulkan reaksi negatif ramai dan menyifatkan bahasa yang digunakan Lan sebagai tidak sesuai dan kurang sensitif.
Di aplikasi media sosial, netizen mencerca tindakan Lan yang seolah-olah tidak menghormati Fazura.
"Kurang hajar betul gurau macam tu. Ingat orang selesa ke?
"Tak suka betul melawak sampai dalam kain orang. Tiada rasa hormat. Tak kena gurauan macam itu sebab cakap dalam live kot.
"Boleh je cakap macam ni, biar Fazura nak bahagia dengan Fatima dulu. Ni sibuk keringlah ketatlah. Kenapa?," tulis netizen.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|312 Views
No Comments yet
Be the first to comment.