Bebas Daripada Sindiket Scam, Ribuan Mangsa Kini Terbiar di Kemboja

Operasi besar-besaran kerajaan Kemboja membanteras pusat penipuan dalam talian mencetuskan krisis kemanusiaan apabila puluhan ribu bekas pekerja pusat berkenaan dilaporkan terbiar tanpa tempat tinggal dan bantuan untuk pulang ke negara asal.

Susulan serbuan dan penutupan pusat operasi sindiket, ribuan individu dilepaskan ke jalanan. Malah, hampir setahun selepas tindakan penguatkuasaan dipergiatkan, ratusan orang masih terkandas di negara itu.

Menurut laporan Associated Press (AP), sebahagian bekas pekerja mendakwa mereka berdepan gangguan polis, penahanan sewenang-wenangnya dan terpaksa tidur di jalanan selepas premis penginapan dilarang menerima mereka.

Pertubuhan hak asasi pula bimbang ramai dalam kalangan mereka sebenarnya mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja untuk sindiket, namun tidak diberikan penilaian sewajarnya sebelum dianggap sebagai pesalah.

Mereka mungkin sudah terlepas daripada cengkaman sindiket, tetapi perjuangan untuk kembali ke pangkuan keluarga masih belum berakhir.

Sumber asal:



0 Comments

|

16 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content