Bella Astillah Menangis Di Majlis Nikah Didi, Titip Pesanan Menyentuh Hati
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #bellaastillah
- #didiastillah
- #didinikah
- #bellatitipnasihat
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menitipkan pesanan penuh bermakna buat adiknya, Didi, yang selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey atau lebih dikenali sebagai Diniey.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kebahagiaan rumah tangga memerlukan kesabaran, toleransi dan kesediaan kedua-dua pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
"Perjalanannya tidak akan sentiasa mudah. Tapi percayalah, kita mencari pasangan bukan untuk menjadi sempurna.
"Insya-Allah kita mahukan pasangan yang boleh sama-sama membimbing kita hingga ke hari tua.
"Jadilah isteri yang sentiasa bersabar. Jangan marah-marah dan sentiasa sayang suami. Bersama-samalah ketika susah, senang dan sakit. Jadilah isteri yang baik," katanya.
Bella berkongsi pesanan itu ketika menghadiri majlis pernikahan adiknya, Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, yang berlangsung di Cyberjaya pada pagi Jumaat.
Suasana majlis turut bertukar sebak sebaik sahaja pasangan itu sah bergelar suami isteri apabila Bella dan Didi dilihat saling berpelukan sambil mengalirkan air mata.
Mengulas momen tersebut, Didi berkata Bella selama ini memainkan peranan besar dalam hidupnya sehingga dianggap seperti seorang ibu kedua.
"Bella saya sudah anggap macam mak kedua. Bila melihat saya dah jadi isteri, mungkin dia sedih melepaskan adik bongsu yang keras kepala ini.
"Melihat ibu dan Bella menangis, saya pun tak boleh tahan. Sebab itu saya menangis sekali," kongsinya.
Momen penuh emosi itu turut meraih perhatian tetamu yang hadir dan mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada peminat di media sosial.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|4 Views
No Comments yet
Be the first to comment.