Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, menyindir individu tertentu yang berdolak dalih apabila 'diseru' ke mahkamah untuk mengikuti sesi hakam bagi proses perceraiannya.
Tanpa mendedahkan identiti orang yang dimaksudkan, Nora menyifatkan individu berkenaan sekadar berani 'menyerang' di media sosial, namun gentar bila diajak bersemuka.
"Tak berani, takut, macam-macam alasan diberi. Tidak berani hadir dan bersemuka dalam sesi hakam. Ini tandanya berani kerana benar, takut kerana salah! Period!

"Budak zaman sekarang berani kecam, caci, cakap macam-macam di media sosial. Tapi bila dipanggil ke mahkamah, jumpa panel untuk bersemuka depan-depan, tak berani, takut. Macam-macam alasan diberi," tulisnya.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 21 Oktober lepas sebagai tarikh pelantikan hakam untuk kes perceraiannya.
Nora pada April lepas memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Dr. Rushdi Ramli atas alasan desakan pihak ketiga.
SUMBER: UTUSAN
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|169 Views
No Comments yet
Be the first to comment.