Britney Spears Bakal Dedah Projek Rahsia Selepas 20 Tahun Menyimpan Impian

Penyanyi pop antarabangsa, Britney Spears dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah projek rahsia yang sudah diimpikannya sejak lebih dua dekad lalu.

Menurut laporan Page Six, penyanyi berusia 44 tahun itu telah menghabiskan hampir setahun membuat persiapan bagi menjayakan projek berkenaan yang disifatkan sangat bermakna buat dirinya.

Menariknya, projek tersebut bukan berkaitan muzik, sebaliknya melibatkan produk gaya hidup yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Britney turut dilaporkan mengadakan beberapa pertemuan perniagaan di New York bagi memuktamadkan persiapan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Sebelum ini, pelantun lagu Toxic itu pernah mencipta kejayaan dalam bidang perniagaan menerusi rangkaian minyak wangi serta penerbitan memoir The Woman in Me.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran dan butiran lanjut projek terbaharunya masih belum diumumkan.

Sumber asal:



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content