Cik B Dapat Lamborghini Hadiah Hari Jadi
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #penyanyi
- #pempengaruh
- #cikb
- #hadiahharijadi
- #lamborghini
Penyanyi dan pempengaruh meluahkan rasa terharu apabila menerima hadiah sebuah Lamborghini Urus bernilai lebih RM2 juta daripada ibunya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.
Pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu bagaimanapun mengakui berasa dirinya tidak layak menerima hadiah mewah berkenaan memandangkan sebelum ini sudah memiliki sebuah Mercedes Brabus G63.
"Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru.
"Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya," katanya kepada HibGlam.
Menurut anak kepada usahawan kosmetik itu, dia sebenarnya tidak memerlukan kereta baharu kerana sudah memiliki kenderaan mewah lain sebelum ini.
"Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63," ujarnya.
Dalam pada itu, Cik B turut mendedahkan adiknya iaitu menjadi individu yang menguruskan segala proses pembelian kereta mewah tersebut tanpa pengetahuannya.
"Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya.
"Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut," katanya lagi.
Di sebalik kemewahan yang dimiliki, Cik B berkata dia menyimpan impian untuk membalas jasa ibunya dengan mengambil alih perniagaan keluarga suatu hari nanti.
“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket dan sediakan apa sahaja mama nak.
"Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat dan tak perlu lagi fikir soal bisnes, biar saya yang uruskan semuanya," luahnya.
Menurut Cik B, dia juga kagum melihat kemampuan ibunya menguruskan lebih 200 pekerja sebagai ibu tunggal.
Semalam, Cik B menerima kejutan hadiah tersebut ketika siaran langsung konsert keenam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) dan dilihat sebak sebaik menerima kenderaan idamannya itu.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|5 Views
No Comments yet
Be the first to comment.