Da'i Syed Ke Penjara Hari Ini, Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Pendakwah selebriti, Da'i Syed dihantar ke penjara hari ini selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita pada tujuh tahun lalu.


Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan sabitan dan hukuman terhadap Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31,


Hakim Adlin dalam penghakimannya memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) tidak terkhilaf dalam keputusan sebelum ini dengan pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes tersebut.


"Keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata. Tiada alasan khas bagi penangguhan hukuman.


"Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat. Justeru, hukuman penjara itu bermula hari ini," tegasnya.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

140 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content