Selepas pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Alqal Sahar, mengenai kisah hitam diliwat ketika zaman kanak-kanak, ruang komen di Threads kini mula menjadi medan perbualan hangat.
Netizen mula menyebut beberapa nama yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut dan salah satu yang disebut ialah nama seorang pengarah muda, Izuan Mokhtar.
Dalam salah satu komen yang kini beredar di media sosial, ada pengguna yang bertanya secara terus mengenai nama Izuan Mokhtar, yang juga dikatakan sepupu kepada Alqal hasil hubungan adik-beradik antara bapa dan ibu mereka.
"Jijik dengar nama itu," balas Alqal pada pertanyaan berkenaan.
Komen balas Alqal itu seolah-olah mengiyakan individu yang bertanggungjawab melakukan jenayah seksual terhadap dirinya adalah nama yang disebut oleh netizen.
Setakat ini, tiada bukti rasmi, tiada laporan polis, dan tiada kenyataan media yang mengaitkan individu bernama Izuan Mokhtar dengan dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Izuan antara pengarah dan penerbit yang dikenali di Malaysia. Pernah mengarahkan telefilem Saling Tak Terlihat yang dibintangi oleh Fattah Amin, Alicia Amin, Datin Seri Ummi Aida, Aleza Shadan dan Raja Azmi.
Sumber: Murai.my
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|285 Views
No Comments yet
Be the first to comment.