Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Penyanyi, Dayang Nurfaizah akhirnya tampil menjawab khabar angin yang mendakwa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini.
Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, berkata, sebagai selebriti dia tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan gosip cinta.
"Bagi saya sebagai selebriti memang gosip-gosip seperti ini selalu ada dan tak boleh nak dielakkan.
"Kalau selalu nak elak kasihan pula pada semua peminat. Saya harapkan peminat hanya doakan yang terbaik," katanya enggan mengulas secara terperinci.
Dayang berkongsi perkara itu menerusi temu bual segmen Pagi On Suria yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Dayang turut menegaskan bahawa sekiranya terdapat perkara benar mengenai perkahwinannya yang boleh dikongsi, dia pasti akan memaklumkan kepada peminat.
"Kalau benda yang betul dan boleh dikongsikan dengan peminat insya-Allah.
"Untuk peminat semua sabar dan tunggulah. Sudah tentu benda baik saya akan kongsikan kepada semua," ujarnya.
Ditanya mengenai persamaan rantai yang dimiliki bersama Hael, Dayang menafikan sebarang spekulasi dan menjelaskan ia hanya kebetulan.
"Kebetulan rantai ini jenama sama, bukan saya dan dia saja ada. Ramai orang ada.
"Dia salah seorang sahabat yang baik dan rakan duet yang serasi dengan saya," katanya.
Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa Dayang dan Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 39, telah mendirikan rumah tangga.
Malah mereka juga dikatakan sudah bertunang pada awal tahun lalu, namun Hael menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|105 Views
No Comments yet
Be the first to comment.