Demi Dunia Penyiaran, Sarimah Ibrahim Lepaskan Peluang Jadi Pramugari

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dia pernah menolak tawaran bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan demi mengejar impiannya dalam dunia pengacaraan.

Menurut Sarimah, 48, keputusan tersebut dibuat sekitar tahun 1997 kerana dia yakin minatnya lebih kuat dalam bidang penyiaran berbanding kerjaya sebagai pramugari.

"Mungkin ramai tak tahu, pada tahun 1997 saya pernah dapat tawaran untuk sertai syarikat penerbangan, tapi saya tolak sebab mahu jadi hos televisyen.

"Ayah saya pun pernah persoalkan kenapa saya tak ambil peluang itu sebab dia sendiri bekerja dengan syarikat penerbangan sepanjang hidupnya," katanya menerusi Threads.

Tambah pengacara The Sarimah Show itu, dia percaya naluri sendiri yang menyuruhnya terus kekal berada dalam bidang diminati akhirnya membawa perjalanan kerjayanya ke tahap lebih tinggi.

"Naluri saya waktu itu cakap untuk tunggu kerana mungkin saya boleh terbang lebih tinggi kalau kekal berada di darat.

"Memang bunyinya macam terlalu berangan masa itu, tapi bila pakai busana ini saya rasa semula emosi dan kenangan tersebut," ujarnya.

Perkongsian itu dibuat selepas Sarimah tampil anggun menggayakan busana berinspirasikan pramugari rekaan duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Terdahulu, Sarimah mencipta sejarah sebagai hos wanita pertama Disney Channel Asia selain pernah mengendalikan pelbagai program popular termasuk Bella dan The Sarimah Show.

Untuk rekod, Sarimah mula aktif dalam dunia hiburan sekitar penghujung 1990-an dan kekal relevan sebagai pelakon, pengacara serta personaliti televisyen sehingga kini.

Sumber: mStar



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content