Didi Astillah Cedera Di Kepala Gara-Gara Jatuh Tangga

Penyanyi Didi Astillah dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil terjatuh daripada tangga.

Berita mengejutkan itu dikongsi oleh ibunya iaitu Eina Astillah menerusi beberapa hantaran foto di Instagram Story pada Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah dilihat sedang terbaring  di unit kecemasan sebuah pusat perubatan.

Berdasarkan foto tersebut, dahi di bahagian sebelah kanan Didi dilihat mengalami luka yang agak serius dan berlumuran darah.

Dalam hantaran sama, ibu kepada penyanyi itu turut menitipkan doa dan berharap agar keadaan anaknya kembali stabil.

"Semoga baik-baik sahaja," tulisnya.

Dalam pada itu, berita mengenai kemalangan tersebut turut dikongsikan rakan Didi di hantaran Threads.

"Didi Astillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga Didi cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah," ujarnya. 

Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai adik kepada penyanyi Bella Astillah itu.

Sumber: mStar



0 Comments

|

2 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content