Diganggu Saka, Amir Ahnaf Tak Paksa Orang Percaya
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #aktor
- #amirahnaf
- #gangguansaka
Selepas membuat pendedahan berdepan gangguan saka, pelakon Amir Ahnaf tidak memaksa mana-mana pihak untuk mempercayai perkongsiannya sebelum ini.
Sebaliknya, Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 26, sekadar mahu memberi kesedaran tentang kewujudan situasi yang dihadapinya.
“Saya bersyukur dah sihat sikit nak dibandingkan dengan dua tahun lepas.
“Atas kepercayaan orang nak percaya atau tak itu bukan atas aksi dan tanggungjawab saya.
“Saya kongsikan saja supaya orang ada kesedaran tentang situasi tersebut, itu saja niat saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada Malam Gala Tarung Unforgiven, semalam.
Mengulas mengenai kesan gangguan tersebut, bintang filem Kahar: Kapla High Council itu mengakui personalitinya berubah menjadi seorang yang antisosial dan menyimpan perasaan benci terhadap orang sekeliling.
“Saya tak nak jumpa orang, suka bersendiri dan benci orang.
“Kalau orang buat jahat dengan saya, saya lagi buat jahat dekat orang.
“Sekarang dah tenang sikit,” ujarnya.
Tambahnya, proses pemulihan sepenuhnya berlaku selepas dia mengambil keputusan untuk menjalani rawatan membersihkan diri di Sabah pada tahun lalu.
“Dah habis buang tahun lepas sebenarnya. Saya pergi Sabah dan pergi bersihkan dekat Tawau,” jelasnya.
Sebelum ini, Amir berkongsi dalam sebuah audio siar mengenai pengalaman pernah berdepan gangguan saka yang memberi kesan besar terhadap ibadah serta hubungan percintaan.
Tidak selesa dengan keadaan tersebut, Amir kemudian mendapatkan penjelasan daripada ibunya dan dimaklumkan bahawa keluarganya sememangnya mempunyai saka.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|1 Views
No Comments yet
Be the first to comment.