Elizad Sharifuddin Tak Kompromi Pelakon Lewat, Pilih Tinggalkan Set Demi Jaga Emosi

Aktres Elizad Sharifuddin mengakui tidak mampu berkompromi dengan mana-mana pelakon yang gagal menepati masa ketika berada di set penggambaran kerana bimbang ia mengganggu emosinya sepanjang menjayakan sesebuah naskhah.

Menurut Elizad, dia lebih selesa memilih untuk meninggalkan lokasi penggambaran seketika sebelum keadaan menjadi lebih tegang.

"Saya jenis yang sangat menghormati pengarah dan kru. Tetapi kalau ada pelakon datang terlalu lambat, saya memang tak boleh tunggu sebab ia boleh ganggu emosi saya.

"Kalau emosi sudah terganggu, tambahan pula ada banyak babak menangis, saya risau lakonan tidak menjadi. Jadi saya perlu bertenang dulu,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa baru-baru ini.

Tambah Elizad, tindakannya meninggalkan set bukan kerana mahu bersikap diva, sebaliknya bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

"Saya bukan mahu berlagak seperti bintang, tetapi sebelum saya marah atau bergaduh, lebih baik saya tarik 'brek tangan' dan minta diri dahulu," ujarnya.

Dalam masa sama, Elizad menjelaskan dia memilih untuk tidak menegur sendiri mana-mana pelakon bermasalah kerana menghormati kedudukan pengarah sebagai ketua produksi.

"Saya tidak mahu melangkaui kuasa pengarah walaupun dia lebih muda kerana dia yang mengetuai penggambaran tersebut.

"Kalau boleh saya tak mahu rosakkan suasana di lokasi dengan sebarang teguran. Jadi lebih baik pengarah yang lakukan," katanya.

Menurut Elizad, pendekatan itu juga penting bagi menjaga hubungan baik antara semua pihak yang terlibat di set penggambaran.

"Kalau pengarah yang menegur, mungkin individu itu tidak akan terasa hati. Itu cara saya menjaga hubungan setakat ini," katanya lagi.

Berkongsi mengenai drama Bila Cinta Menjadi Dosa arahan Shuhaimi Lua, Elizad meluahkan rasa syukur apabila naskhah tersebut menerima sambutan positif dan menjadi bualan penonton di media sosial.

"Saya tak sangka drama ini viral dan jadi sebutan ramai, tambahan pula watak saya kali ini agak berbeza.

"Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik termasuk pelakon muda seperti March Syahmie dan Zairi Aziz. Kami sudah seperti sebuah keluarga," katanya.




0 Comments

|

12 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content