Walaupun diberikan tawaran kerja dengan bayaran RM500,000 bagi mempromosikan sebuah produk, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein bagaimanapun menolak tanggungjawab tersebut apabila syarat yang dikenakan memerlukan selebriti itu 'membuka' tudungnya.
Pemilik nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, menegaskan dia tidak akan sesekali mengorbankan prinsip hidupnya yang kini tampil berhijab.
"Saya dapat satu tawaran masa mula-mula berhijab dulu. Memang lumayan, sampai setengah juta ringgit, tetapi syaratnya saya perlu buka tudung.
"Selepas saya buat keputusan untuk berhijab, walaupun dibayar macam mana sekali pun, saya tetap dengan keputusan saya," katanya.
Jelas Elly, pihak berkenaan membuat tawaran dan syarat berkenaan meskipun mengetahui statusnya sebagai wanita bertudung.
Justeru, dia menolak peluang tersebut dengan baik agar tidak menimbulkan salah faham.
"Mereka tahu saya sudah bertudung, sebab itu mereka letak harga setengah juta. Tapi saya beritahu saya tidak dapat bekerjasama kalau perlu buka tudung.
"Sekiranya mereka mahu saya jadi duta, prinsip saya tetap akan memakai tudung. Saya percaya akan ada rezeki untuk saya ditempat lain.
"Alhamdulillah, mereka terima keputusan saya selepas menolaknya secara berhemah," tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Elly turut berpesan agar mana-mana syarikat atau jenama tidak memandang rendah keupayaan wanita berhijab sebagai duta produk.
"Tidak salah kalau pilih duta yang bertudung. Rezeki saya mungkin bukan di situ, tapi Allah gantikan dengan yang lain.
"Paling penting sekarang saya kekal dengan prinsip saya untuk terus berhijab," luahnya ketika ditemui pada Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|257 Views
No Comments yet
Be the first to comment.