Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Dunia hiburan tempatan kembali hangat apabila timbul spekulasi kononnya pelakon komedi legenda Hong Kong, Eric Tsang, bakal membintangi projek terbaharu Syafiq Yusof.
Jika benar, peluang Eric Tsang berlakon di bawah arahan Syafiq, ia bakal membuka satu lagi lembaran baharu dalam perjalanan seni anak kepada Datuk Yusof Haslam itu .
Khabar tersebut mula diperkatakan selepas laman Facebook Brader Filem berkongsi dakwaan bahawa Syafiq kini dalam perancangan mengarah filem BLACK OPS: Operasi Neraka dengan kerjasama pengarah dan 'team' aksi dari Hong Kong.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Syafiq berhubung dakwaan tersebut.
Penyokong filem arahan Syafiq dan peminat Eric Tsang kini hanya mampu menunggu perkembangan lanjut, sementara spekulasi terus menjadi bualan peminat di media sosial.
Syafiq Yusof terkenal dengan beberapa filem pecah panggung seperti Blood Brothers: Bara Naga, Sheriff: Narko Integriti, Polis EVO 3 serta trilogi Abang Long Fadil.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|180 Views
No Comments yet
Be the first to comment.