Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH37, Bawa Pulang RM30,000

Trofi Anugerah Bintang Popular BH Ke-37 (ABPBH 37) menjadi milik penyanyi, Ernie Zakri, dengan jumlah undian mencecah 124 juta, sekali gus menobatkannya sebagai selebriti paling berpengaruh pilihan peminat bagi edisi tahun ini.


Majlis itu berlangsung meriah di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


Tidak menyangka akan mencipta sejarah sedemikian, Ernie sebak sehingga menitis air mata dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah paling bermakna sepanjang perjalanan karier seninya.




"Saya dah balik dulu tadi sebab tak pernah terdetik akan menang kategori ini. Terima kasih kerana sudi mengundi saya. Jauh sekali saya terfikir untuk memenangi anugerah ini. 


"Terima kasih, saya hargai setiap sokongan anda. Doakan saya dapat buat lebih baik pada masa hadapan," katanya ketika menerima trofi berprestij itu.


Selain gelaran utama, Ernie turut membawa pulang trofi, jambangan bunga dan wang tunai RM30,000.


Pada malam penuh gemilang itu, Ernie turut mengetepikan empat pencabar lain iaitu Emma Maembong, Sweet Qismina, Tracie Sinidol dan Wani Kayrie bagi merebut gelaran utama tersebut.


Tidak terhenti di situ, Ernie turut menambah satu lagi kemenangan pada malam sama apabila diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Popular.




Sementara itu, kumpulan legenda Alleycats diberi penghormatan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan besar mereka dalam pembangunan industri hiburan tanah air.


ABPBH 37 turut diwarnai detik mengejutkan apabila selebriti, Haiza, diumumkan sebagai Penyampai Radio Popular selepas empat kali tersenarai dalam kategori tersebut dengan mengetepikan calon-calon lain.


Dalam kategori lakonan, persaingan sengit menyaksikan Fattah Amin dinobatkan sebagai Aktor Filem Popular, manakala Sweet Qismina meraih trofi Aktres Filem Popular.


Kategori pembantu turut mencuri perhatian apabila Heliza Helmi diumumkan sebagai Aktres Pembantu Filem Popular, manakala Adam Lee meraih trofi Aktor Pembantu Filem Popular.




Selain itu, KRU turut mencipta momen tersendiri apabila diumumkan sebagai Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, sekali gus menandakan kemenangan pertama mereka dalam kategori itu selepas lebih dua dekad tidak menggenggam trofi berkenaan.


Persembahan daripada barisan artis seperti Tajul, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Amira Othman, Irfan Haris, Aisha Retno, Mimi Fly, Wani Kayrie, Akim Ahmad, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang menghidupkan suasana dan menambah warna pada malam anugerah itu.


Acara berprestij itu dihoskan oleh Shiha Zikir dan Raja Azura.


SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 37


Kategori Utama


    *  Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma


    *  Artis Baharu Wanita Popular: Umairah


    * Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini


    * Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri


    * Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: KRU


    * Aktor Filem Popular: Fattah Amin


    * Aktres Filem Popular: Sweet Qismina


    * Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee


    * Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi


    * Aktor TV Popular: Zahiril Adzim


    * Aktres TV Popular: Emma Maembong


    * Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman


    * Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura


    * Penyampai Radio Popular: Haiza


    * Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan


    * Artis Komedi Popular: Joey Daud


Kategori Ekstra Tonton Paling Popular


    *    Gandingan Serasi Drama Popular: Shukri Yahaya & Anna Jobling


    *   Gandingan Serasi Filem Popular: Iedil Putra & Emma Maembong


    *    Lagu Paling Boom Popular: Amir Masdi (Nurcinta)


   *    Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin


    *    Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar Ahyan


Kategori Utama Malam


   *   Bintang Paling Popular ABPBH 37 : Ernie Zakri


 *    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:  Alleycats



0 Comments

|

348 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content