Fathia Latiff Akur Bukan Lagi Pilihan Watak Utama

Pelakon Fathia Latiff mengakui kehidupan sebagai anak seni banyak mengajarnya tentang realiti populariti yang tidak kekal.

Menurut Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 39, dia kini tidak lagi menerima layanan sama seperti ketika berada di kemuncak karier, namun menerima perubahan tersebut dengan hati terbuka.

"Baru-baru ini ada penerbit hubungi saya. Ingatkan nak tawarkan watak, rupanya sekadar nak beritahu saya sudah tak sesuai pegang watak utama.

"Saya tak terasa hati sebab saya faham bagaimana industri ini berjalan. Waktu nama sedang naik, ramai yang mencari. Bila keadaan berubah, layanan pun berubah," katanya menerusi Threads.

Tambah pelakon drama Ariana Rose itu, setiap selebriti pasti akan melalui fasa tersebut tanpa mengira sejauh mana populariti pernah diraih.

"Ini bukan berlaku kepada saya seorang. Lambat atau cepat, semua artis akan berdepan situasi yang sama.

"Sebab itu saya tidak terlalu bergantung kepada dunia hiburan untuk mencari rezeki," ujarnya.

Dalam masa sama, Fathia berkata dia kini lebih selesa menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diusahakan sendiri.

Katanya, walaupun masih kecil, dia percaya perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang lebih jauh pada masa hadapan.

"Saya hanya mohon doa dan sokongan daripada semua. Mudah-mudahan apa yang saya usahakan hari ini dapat membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

"Terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya sampai hari ini," katanya.



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content