Fattah Amin kesal difitnah di Threads, dakwa libatkan anak
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #fatima
- #anak
- #jelaskanisubelumbayaryuran
- #difitnah
- #pelakon
- #fattahamin
Pelakon Fattah Amin tampil bersuara selepas mendakwa menjadi sasaran fitnah berterusan oleh seorang pemilik akaun di platform Threads yang didakwa menyebarkan pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Fattah, tindakan individu terbabit kini sudah melampaui batas apabila turut mengaitkan perkara melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.
"Sebenarnya saya tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini awak cipta.
"Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini sudah semakin melampau," tulisnya menerusi Threads pada Rabu.
Fattah turut mendakwa dia sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan berhubung tindakan terhadap akaun berkenaan.
"Saya sudah lama laporkan akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab sudah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah ini.
"Tetapi, sampai sekarang masih tiada tindakan. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun ini.
"Jadi, mungkin sudah sampai masa kita gunakan butang 'report' ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak sepatutnya wujud di kalangan masyarakat kita," katanya.
Dalam hantaran sama, Fattah menyifatkan penyebaran fitnah sebagai perbuatan yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat serta bertentangan dengan nilai murni yang diamalkan rakyat Malaysia.
Malah, menurutnya, sebagai umat Islam, perbuatan memfitnah adalah sesuatu yang dilarang dan tidak sepatutnya dijadikan budaya di media sosial.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|41 Views
No Comments yet
Be the first to comment.