Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura menegur sikap seorang individu yang meninggalkan komen berbaur provokasi ketika beliau sedang melakukan siaran langsung di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fazura, 42, memuat naik paparan skrin komen seorang netizen yang mengaitkannya dengan bekas suami, aktor Fattah Amin yang kini telah berkahwin semula.

"Dah move on belum, duda dah berbahagia dengan isteri solehahnya," tanya seorang warganet.
Menurut Fazura, komen sedemikian dianggap tidak wajar, lebih-lebih lagi ia ditulis ketika beliau sedang berusaha mencari rezeki melalui sesi siaran langsung tersebut.
"Contoh manusia yang hobinya masuk live orang yang sedang mencari rezeki dengan suka tinggalkan komen bersifat provokasi dan tidak masuk akal.
"Bila ditegur balik, mereka kata toksik. Aneh," katanya.

Dalam masa sama, Fazura turut berkongsi satu lagi paparan skrin memaparkan contoh komen positif daripada seorang pengguna yang menyertai sesi tersebut dengan niat yang baik.
"Contoh orang baik yang masuk live untuk beli telekung buat dihadiahkan kepada ibunya," katanya.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
SUMBER: IG FAZURA
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|186 Views
No Comments yet
Be the first to comment.