Fitri Haris Pernah Kena 'Ngorat' Dengan Ustaz Dan Datuk, Siap Hantar Gambar Tak Senonoh

Penyanyi nasyid dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Fitri Haris, mendedahkan pernah menerima mesej serta gambar lucah daripada dua individu termasuk seorang ustaz dan seorang lelaki bergelar Datuk.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fitri berkata kejadian pertama berlaku apabila seorang ustaz tiba-tiba mengirim soalan pelik kepadanya sebelum menghantar gambar tidak senonoh.

"Dia tanya saya 'open minded' tak? Lepas itu hantar gambar lucah. Saya terkejut. Dalam kepala saya cuma terfikir, 'Ustaz, soalan tu bukan dalam silibus agama," katanya.

Menurutnya, kejadian itu membuatkan beliau sedar tidak semua individu yang berpenampilan alim berperangai seperti yang disangka.

Beliau berkata pengalaman kedua pula melibatkan seorang lelaki bergelar Datuk yang pada awalnya menghantar mesej manja sebelum berubah menjadi mesej berbaur lucah.


Fitri kongsi pengalaman kena 'ngorat' di IG


"Emoji yang dia guna pun saya tak pernah guna. Bila makin pelik, saya block terus. Tak fikir panjang," katanya.

Fitri berkata pengalaman peribadi itu menyebabkan beliau tidak terkejut apabila melihat laporan serbuan polis melibatkan puluhan lelaki dalam aktiviti luar tabii baru-baru ini.

"Bila tengok serbuan macam tu, saya langsung tak pelik kalau ada yang berpangkat atau berjawatan. Saya sendiri pernah kena dengan orang macam tu," katanya.

Islam haramkan. Nabi pun tak mengaku umat. Saya benci sebab saya sendiri pernah jadi mangsa gangguan. Diam bukan bermakna suka, tapi saya cuba jaga adab," katanya.

Fitri berkata tindakan tegas pihak berkuasa diharap dapat membuka mata masyarakat bahawa perlakuan salah kekal salah tanpa mengira status.

"Kalau ada lagi yang tanya saya 'open minded tak?', jawapan saya jelas, saya open minded dalam ilmu, bukan dalam benda luar tabii," tambahnya lagi.




0 Comments

|

185 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content