Hael Husaini Enggan Ulas Gosip Dah Kahwin Dengan Dayang Nurfaizah

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini, 39, mengambil pendekatan enggan menjawab berhubung cerita peribadinya berkaitan dakwaan perkahwinan yang tular.


Baru-baru ini, foto Hael bersama penyanyi Dayang Nurfaizah, 45, memakai busana rona putih menarik perhatian di media sosial hingga ada netizen mendakwa mereka sudah berkahwin.


"Okay, sebelum itu saya nak minta maaf sebab tak dapat jawab soalan awak (pertanyaan media mengenai kahwin). Tapi saya rasa untuk hari ini (semalam), kita fokus pada Amber sahaja.


"Saya pun dah janji dengan penganjur yang kita hanya nak fokus pada produk pakaian ini. Jadi, kita hormati," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Amber Raya 2026 di Glasshouse Seputeh, di sini semalam.


Terdahulu, Hael dan Dayang yang pernah berduet dalam lagu Haram dikaitkan ramai peminat mempunyai hubungan istimewa apabila masing-masing dikatakan mesra dan rapat.


Malah, ramai pada kalangan peminat pasangan ini turut merestui hubungan rapat dijalin sekali gus mendoakan agar mereka berakhir ke jenjang pelamin berikutan dilihat serasi bersama.


Ketika temubual bersama media pada April tahun lalu juga, Hael dimaklum mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki serta tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang.


"Ya saya sudah dimiliki dan saya tak 'available' untuk selamanya," jawapan spontannya terhadap pertanyaan media, namun enggan mengulas lanjut sebelum menjadi kenyataan.


Sebelum ini, Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi sering dikait gosip cinta dengan Dayang walaupun mereka profesional ketika bekerja.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

284 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content