“Hari Arafah Pun Nak Tayang?” - Foto Cium Mulut Sharifah Sakinah Dikecam Netizen

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik foto mesra bersama suaminya, Cyril Kongo dalam media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah, 36, dilihat berkucupan sambil berpelukan dengan suaminya ketika berada di Kota London, baru-baru ini.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang menganggap foto berkenaan tidak sesuai dikongsikan secara terbuka.

Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan pelakon itu memuat naik gambar sedemikian ketika umat Islam sedang menjalani Hari Arafah.

"Hari Arafah inilah nak post macam ini. Tak malu ke? Simpan untuk diri sendiri sudahlah.

"White people wannabe sangat. Cium mulut pun nak bagi satu dunia tengok.

"Kalau dah Melayu Islam, buat cara Melayu Islam," antara komen netizen.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Girlfriend Dari Neraka itu turut meninggalkan kapsyen ringkas yang seolah-olah menggambarkan kebahagiaan dalam hidup hanyalah sementara.

"Semua hanya pinjaman," tulisnya.

Untuk rekod, Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Cyril pada tahun ini.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 sebelum bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki berasal dari Sweden dikenali sebagai Michael Hansen pada 2021, namun perkahwinan tersebut berakhir selepas dua tahun.



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content